Saturday, October 17, 2009

Bay' al-Salam dalam Pembiayaan Industri Pertanian

Pertanian yang merangkumi tumbuhan, ternakan, perikanan dan perhutanan adalah merupakan satu sektor ekonomi yang dinamik dan dikaitkan terutamanya dengan pengeluaran makanan. Makanan adalah merupakan keperluan asas dan sebagai sebab bagi manusia dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Daripada perspektif Islam, pertanian adalah merupakan satu aktiviti yang penting dan perdagangan mengenainya juga penting. Ia juga satu aktiviti yang semulajadi dan sebati di dalam kehidupan manusia. Banyak surah-suarah dalam al-Quran yang berkaitan dengan pertanian, perniagaan, dan perdagangan yang menggalakkan manusia menceburinya. Namun begitu ianya mesti mengikuti tatacara yang Allah s.w.t redhai.

Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Quran, al-Baqarah 2:22.)



Pembiayaan Industri Pertanian Berdasarkan Konsep Bayc al-Salam.



Terdapat dua model pembiyaan salam, Urusan dengan salam yang jelas iaitu perjanjian diantara petani dan bank. Sebagai contoh Ahmad mempunyai 20 ekar tanah di Perlis. Ia sesuai untuk tanaman mangga. Harga pasaran semasa mangga harum manis adalah RM6.00 sekilogram di mana harga asal adalah RM3.00 sekilogram. Pokok mangga ini mmerlukan tiga tahun untuk membesar dan matang. Dianggarkan ladang tersebut menghasilkan 100 000 kilogram mangga. Ahmad memerlukan modal untuk membersihkan tanah tersebut iaitu untuk tanaman pokok dan memelihara tumbesaran pokok tersebut, dia memerlukan pekerja untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Ahmad menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 000 tunai yang diperlukan olehnya untuk melakukan kerja tersebut. Bank Islam pada masa kini dapat memberikan bantuan skim salam.



Sebagai sebuah syarikat, Bank Islam berhasrat untuk membuat duit dalam skim salam. Menurut kontrak salam, Ahmad dibenarkan untuk menjual mangga-mangga tersebut, walaubagaimanapun ia tidak wujud pada masa sekarang. Selain itu juga, harga yang boleh ditetapkan mestilah rendah daripada harga pasaran. Jika tidak pihak bank tidak mempunyai galakan untuk membeli mangga tersebut pada asas salam. Pihak bank dan Ahmad boleh berbincang tentang harga yang sesuai untuk kedua-dua belah pihak. Pada Ahmad, harga salam mestilah lebih rendah daripada harga pasaran tetapi tidak lebih daripada harga barang. Jika tidak, bank tidak setuju dengan kontrak salam ini.



Mengandaikan kedua-dua pihak meletakkan harga salam pada RM2.50 sekilogram. Dalam cara ini, pihak bank akan membayar kepada Ahmad RM250 000 dan sebagai penukaran untuk 100 000 kilogram mangga yang akan diserahkan dalam tempoh tiga tahun nanti. Daripada harga salam, ia mudah dilihat bagaimana setiap pihak akan mendapat keuntungan daripada urusniaga salam. Tetapi jual salam juga bukan mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan beberapa risiko. Selalunya dalam salam, kedua-dua pihak akan terdedah kepada risiko harga barangan itu. Sebagai contoh, peladang mungkin akan mengalami kerugian jika harga pasaran meningkat RM6.50 sekilogram. Oleh itu, harga salam sangat rendah dan ia juga menyebabkan peningkatan harga atau inflasi. Ini memungkinkan Ahmad untuk membayar lebih pada belanja yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan. Ia juga mungkin akan mengurangkan keuntungan yang diperolehi olehnya. Tetapi apabila harga salam telah ditetapkan. Ia tidak boleh berpatah balik lagi. Ahmad tidak boleh menuntut kepada pihak bank untuk mengubah harga salam meningkat daripada apa yang telah ditetapkan. Jika dilakukan juga ia akan membatalkan kontrak salam.



Model yang kedua adalah, bank boleh melaksanakn salam jika ia memilih untuk tidak terlibat dalam perniagaan yang sebenar. Jualan salam ini adalah perniagaan dengan jualan satu salam dan perjanjian untuk jual beli. Kedua-dua belah pihak mesti bebas. Jika tidak, salam tersebut dikira tidak sah. Hal ini kerana, jualan salam tidak boleh dilaksanakan berdasarkan kontrak untuk membeli. Ia juga untuk mengelakkan pihak-pihak tersebut daripada jualan yang bersyarat.



Bayc al-Salam mempunyai beberapa syarat dalam aktiviti al-salam ini termasuklah syarat-syarat modal tempahan dan barang tempahan. Selain itu juga, konsep salam ini mempunyai kesesuaian dengan kaedah-kaedah syariah dan ia juga sesuai untuk diaplikasikan dalam pembiyaan pertanian. Namun beberapa risiko juga terdapat dalam pembiayaan pertanian seperti terdedah kepada perubahan harga pasaran yang telah ditetapkan sebelum dan selepas perjanjian atau kontrak dalam salam. Risiko ini akan mengakibatkan kerugian kepada salah satu pihak sama ada pihakk petani ataupun pihak bank.



Kaedah bayc al-Salam ini mempunyai banyak kebaikan dan manfaat terutama kepada para petani bagi mengusahakan tanaman untuk dipasarkan dan mendapat keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Dengan kaedah berdasarkan konsep bayc al-Salam ini, terdapat beberapa kepentingan dan hikmah mumalat itu sendiri. Sebagai contoh, kepentingan muamalat supaya manusia hidup bekerjasama, tolong-menolong, bertukar-tukar keperluan serta berhubung dan berkenalan membawa manusia kepada perpaduan umat dan ke arah keamanan masyarakat dan negara. Melalui muamalat juga, Islam dapat menghindarkan daripada berlakunya penindasan, kezaliman dan penipuan.





Read more...

Merancang dan Melaksanakan Pendidikan Yang Komprehensif Berteraskan Pendidikan Al-Quran Di Sekolah dan Di Rumah

Ibu bapa dan guru perlu memahami konsep Pendidikan Al-Quran yang merangkumi pendidikan Tauhid, ibadah, keimanan, akal, akhlak, jasmani, keterampilan dan kemasyarakatan. Pendidikan Al-Quran bukan bermaksud mengajar para pelajar membaca Al-Quran dan melepaskan anak-anak untuk mengikuti kelas KAFA yang dianjurkan di kawasan perumahan kita, tetapi falsafah pendidikan Al-Quran mempunyai ruang lingkup yang begitu luas yang harus dibincangkan serta difahami dan dilaksanakan oleh guru dan ibu bapa .



Pendidikan Tauhid merupakan teras menanamkan keyakinan dan keimanan kepada Allah yang maha melihat setiap perbuatan hamba-Nya ia juga merealisasikan segala tujuan hidup manusia, bukanlah suatu perkara yang mustahil jika guru boleh sentiasa mengingatkan para pelajarnya pada Allah yang sentiasa memerhatikan di samping ibu bapa sendiri berpesan setiap hari pada anak-anak bahawa segala tingkahlakunya dimana jua sentiasa dalam pemerhatian Allah. Peringatan acapkali yang dibuat oleh ibu bapa dan guru pasti memberi kesan jika ia lahir dari hati yang mahukan kebaikan.



Demikian juga pendidikan ibadah, dimana ibu bapa dan guru semestinya berkerjasama dalam mengajak anak-anak untuk beribadah khususnya solat lima waktu, jika di sekolah ada guru yang sentiasa memantau solat anak-anak kita sementara di rumah ada ibu bapa yang berperanan memantau dan mendidik , maka sudah pasti anak-anak kita tidak akan meninggalkan solat yang dijanjikan oleh Allah sebagai penangkis kepada segala perkara mungkar.

Read more...

Monday, July 27, 2009

Kalimah Allah Bukan Bahasa Bible

Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka. Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahan dari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka.

Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian
ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

"Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup" ( Matius 16 : 16 )

"..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah . "( Matius 27 : 43 )

"Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus ) Kristus. (Galatia 1 : 3 )

Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible? Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek.

Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalamThe Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut:

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”

Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos.

Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah.

Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic.

Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Al-kitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*

Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity.

Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?

Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :

Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai

Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa”

Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa!

Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya :“Tuhan (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu”.

Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah!

Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu.”

Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :

Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap akal budimu.

Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah!

Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.

Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.


Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP