Sunday, October 18, 2009

Mahasiswa dan Pemikiran

Mahasisawa harus turun untuk berdepan dengan isu ummah dan menjadi jurubicara ummah. Justeru itu, mahasiswa seperti ini adalah daripada mahasiswa yang mempunyai arus pemikiran yang bebas dari penjajahan pemikiran.

Kita seharusnya akur bahawa golongan mahasiswa ini sebenarnya adalah lahir dari kalangan masyarakat, masyarakat sekadar meminjamkan mereka sebentar dalam suatu tempoh 3-5 tahun akhirnya golongan mahasiswa ini akan kembali ke dalam masyarakat untuk memberi sumbang bakti. Maka dengan itu, untuk menjana mahasiswa yang mempunyai jiwa yang besar sememangnya kita memerlukan mahasiswa yang serius dalam memikirkan persoalan semasa yang menyentuh mengenai isu ummat.

Kebanyakan pelajar-pelajar yang tamat dari universiti tidak dilatih berfikir tentang persoalan yang penting. Di bawah perkecualian ilmiah, mereka bulat-bulat menerima status quo dalam masyarakat, politik dan sekularisme tanpa berfikir secara serius oleh kerana hari ini adanya pemecahan dan penyempitan ilmu.

Secara tidak langsung, menyebabkan golongan mahasiswa ini akan mudah terikut dengan segala unsur yang merosakkan. Contoh paling ketara kini adalah budaya hedonisme yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat. Paling menyedihkan mahasiswa tidak terlepas daripada perkara sebegini. Pelbagai penafsiran diberikan kepada budaya namun budaya sebenarnya berkait rapat dengan akal budi manusia itu sendiri. Kita seharusnya sedar dan akur bahawa perlunya pembinaan budaya yang sihat selari dengan tuntutan agama dan norma masyarakat setempat agar ia dapat membina idea yang sesuai dengan kondisi masyarakat madani yang berteraskan pembinaan sahsiah mulia. Justeru itu, segala yang tidak sesuai hendaklah dibersihkan sama ada budaya porno, hedonisme dan lain-lain.

Read more...

Penghalang-Penghalang dalam Menuntut Ilmu


Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi darjatnya. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.

Demikianlah mulianya kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis :

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahagian yang paling banyak.

Siapakah orang yang tidak mahu di doakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di muka bumi ini?? Sesungguhnya perkara tersebut merupakan suatu kemuliaan yang besar.

Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada dugaan yang harus kita hadapi.

Berikut adalah beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk mencapai kemuliaan ilmu:

1) Niat bukan kerana Allah s.w.t.


2) Menuntut Ilmu Hanya Ingin Terkenal dan Bangga Diri


3) Lalai Dalam Menghadiri Majlis Ilmu


4) Beralasan dengan kesibukan urusan keduniaan


5) Menyia-nyiakan kesempatan belajar di waktu kecil


6) Bosan dalam menuntut ilmu

7) Tidak Mengamalkan Ilmu

8) Putus Asa dan Rendah Diri







Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP