Saturday, October 17, 2009

Bay' al-Salam dalam Pembiayaan Industri Pertanian

Pertanian yang merangkumi tumbuhan, ternakan, perikanan dan perhutanan adalah merupakan satu sektor ekonomi yang dinamik dan dikaitkan terutamanya dengan pengeluaran makanan. Makanan adalah merupakan keperluan asas dan sebagai sebab bagi manusia dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Daripada perspektif Islam, pertanian adalah merupakan satu aktiviti yang penting dan perdagangan mengenainya juga penting. Ia juga satu aktiviti yang semulajadi dan sebati di dalam kehidupan manusia. Banyak surah-suarah dalam al-Quran yang berkaitan dengan pertanian, perniagaan, dan perdagangan yang menggalakkan manusia menceburinya. Namun begitu ianya mesti mengikuti tatacara yang Allah s.w.t redhai.

Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Quran, al-Baqarah 2:22.)



Pembiayaan Industri Pertanian Berdasarkan Konsep Bayc al-Salam.



Terdapat dua model pembiyaan salam, Urusan dengan salam yang jelas iaitu perjanjian diantara petani dan bank. Sebagai contoh Ahmad mempunyai 20 ekar tanah di Perlis. Ia sesuai untuk tanaman mangga. Harga pasaran semasa mangga harum manis adalah RM6.00 sekilogram di mana harga asal adalah RM3.00 sekilogram. Pokok mangga ini mmerlukan tiga tahun untuk membesar dan matang. Dianggarkan ladang tersebut menghasilkan 100 000 kilogram mangga. Ahmad memerlukan modal untuk membersihkan tanah tersebut iaitu untuk tanaman pokok dan memelihara tumbesaran pokok tersebut, dia memerlukan pekerja untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Ahmad menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 000 tunai yang diperlukan olehnya untuk melakukan kerja tersebut. Bank Islam pada masa kini dapat memberikan bantuan skim salam.



Sebagai sebuah syarikat, Bank Islam berhasrat untuk membuat duit dalam skim salam. Menurut kontrak salam, Ahmad dibenarkan untuk menjual mangga-mangga tersebut, walaubagaimanapun ia tidak wujud pada masa sekarang. Selain itu juga, harga yang boleh ditetapkan mestilah rendah daripada harga pasaran. Jika tidak pihak bank tidak mempunyai galakan untuk membeli mangga tersebut pada asas salam. Pihak bank dan Ahmad boleh berbincang tentang harga yang sesuai untuk kedua-dua belah pihak. Pada Ahmad, harga salam mestilah lebih rendah daripada harga pasaran tetapi tidak lebih daripada harga barang. Jika tidak, bank tidak setuju dengan kontrak salam ini.



Mengandaikan kedua-dua pihak meletakkan harga salam pada RM2.50 sekilogram. Dalam cara ini, pihak bank akan membayar kepada Ahmad RM250 000 dan sebagai penukaran untuk 100 000 kilogram mangga yang akan diserahkan dalam tempoh tiga tahun nanti. Daripada harga salam, ia mudah dilihat bagaimana setiap pihak akan mendapat keuntungan daripada urusniaga salam. Tetapi jual salam juga bukan mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan beberapa risiko. Selalunya dalam salam, kedua-dua pihak akan terdedah kepada risiko harga barangan itu. Sebagai contoh, peladang mungkin akan mengalami kerugian jika harga pasaran meningkat RM6.50 sekilogram. Oleh itu, harga salam sangat rendah dan ia juga menyebabkan peningkatan harga atau inflasi. Ini memungkinkan Ahmad untuk membayar lebih pada belanja yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan. Ia juga mungkin akan mengurangkan keuntungan yang diperolehi olehnya. Tetapi apabila harga salam telah ditetapkan. Ia tidak boleh berpatah balik lagi. Ahmad tidak boleh menuntut kepada pihak bank untuk mengubah harga salam meningkat daripada apa yang telah ditetapkan. Jika dilakukan juga ia akan membatalkan kontrak salam.



Model yang kedua adalah, bank boleh melaksanakn salam jika ia memilih untuk tidak terlibat dalam perniagaan yang sebenar. Jualan salam ini adalah perniagaan dengan jualan satu salam dan perjanjian untuk jual beli. Kedua-dua belah pihak mesti bebas. Jika tidak, salam tersebut dikira tidak sah. Hal ini kerana, jualan salam tidak boleh dilaksanakan berdasarkan kontrak untuk membeli. Ia juga untuk mengelakkan pihak-pihak tersebut daripada jualan yang bersyarat.



Bayc al-Salam mempunyai beberapa syarat dalam aktiviti al-salam ini termasuklah syarat-syarat modal tempahan dan barang tempahan. Selain itu juga, konsep salam ini mempunyai kesesuaian dengan kaedah-kaedah syariah dan ia juga sesuai untuk diaplikasikan dalam pembiyaan pertanian. Namun beberapa risiko juga terdapat dalam pembiayaan pertanian seperti terdedah kepada perubahan harga pasaran yang telah ditetapkan sebelum dan selepas perjanjian atau kontrak dalam salam. Risiko ini akan mengakibatkan kerugian kepada salah satu pihak sama ada pihakk petani ataupun pihak bank.



Kaedah bayc al-Salam ini mempunyai banyak kebaikan dan manfaat terutama kepada para petani bagi mengusahakan tanaman untuk dipasarkan dan mendapat keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Dengan kaedah berdasarkan konsep bayc al-Salam ini, terdapat beberapa kepentingan dan hikmah mumalat itu sendiri. Sebagai contoh, kepentingan muamalat supaya manusia hidup bekerjasama, tolong-menolong, bertukar-tukar keperluan serta berhubung dan berkenalan membawa manusia kepada perpaduan umat dan ke arah keamanan masyarakat dan negara. Melalui muamalat juga, Islam dapat menghindarkan daripada berlakunya penindasan, kezaliman dan penipuan.





0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP