Sunday, October 18, 2009

Undang-Undang Islam Mendidik Jiwa Manusia

Bertolak dari keyakinan yang bahawasanya undang-undang Islam itu adalah ciptaan Allah maka tersemailah di dalam jiwa setiap insan yang beriman dengannya bahawa yang menurunkan undang undang itu sendiri akan mengawasi undang-undangnya. Yang patuh akan diberi ganjaran dan yang ingkar diberi pembalasan.

Oleh itu tidak ada siapa pun yang terlepas dari hukuman. sekirannya dilanggar undang-undang itu, jika tidak dapat dilakukan pembalasan di dunia maka akhirat tetap menunggu untuk pembalasan. Dengan perasaan dan keyakianan itu terkawallah sebahagian besar manusia dari melakukan kesalahan, walaupun ia berseorangan. Oleh yang demikian sejarah telah membuktikan bahawa telah berlaku beberapa kisah pelanggaran hukum-hukum Allah di dalam sejarah Islam yang secara tersembunyi telah dibongkarkan sendiri oleh orang yang berkenaan dengan membuat pengakuan terbuka di hadapan Rasulullah s.a.w., bahawasanya mereka telah melakukan kesalahan melanggar undang-undang, lalu meminta mereka dihukum. Maiz al-Aslani telah mengakui yang ianya telah berzina lalu meminta supaya dihukum. Setelah cukup syarat pengakuannya Rasulullah s.a.w. melaksanakan hukumannya. Tidak lama kemudiannya al-Ghamidiah pula datang mengakui kesalahannya berzina. Beliau juga dihukum berdasarkan pengakuannnya.

Kisah ini membuktikan bahawa undang-undang Islam mendidik jiwa manusia supaya mematuhi undang-undang itu. Jiwa manusia akan menjadi bersih dan takut kepada pembalasan Allah. Dengan itu maka wujudlah kedaulatan undang-undang sebenarnya. Sedangkan dalam melaksanakan undang-undang ciptaan manusia, setiap orang yang melakukan kesalahan atau melanggar hukum-hukum akan hanya takut kepada pihak yang berkuasa. Sekirannya mereka merasakan pihak yang berkenaan tidak mengawasi mereka, maka kesalahan boleh dilakukan.

1 comments:

DEEN October 18, 2009 at 8:15 AM  

salam..
yup toi 2 undang2 islam yg telah digariskan oleh Allah swt amt mendidik kita...
ini bkn pe undang yg dilksanakn berpksikan acuan islam 2 toi2 bley menginsafkan kita bkn...???

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP