Mahasiswa dan Pemikiran
Mahasisawa harus turun untuk berdepan dengan isu ummah dan menjadi jurubicara ummah. Justeru itu, mahasiswa seperti ini adalah daripada mahasiswa yang mempunyai arus pemikiran yang bebas dari penjajahan pemikiran.
Kita seharusnya akur bahawa golongan mahasiswa ini sebenarnya adalah lahir dari kalangan masyarakat, masyarakat sekadar meminjamkan mereka sebentar dalam suatu tempoh 3-5 tahun akhirnya golongan mahasiswa ini akan kembali ke dalam masyarakat untuk memberi sumbang bakti. Maka dengan itu, untuk menjana mahasiswa yang mempunyai jiwa yang besar sememangnya kita memerlukan mahasiswa yang serius dalam memikirkan persoalan semasa yang menyentuh mengenai isu ummat.
Kebanyakan pelajar-pelajar yang tamat dari universiti tidak dilatih berfikir tentang persoalan yang penting. Di bawah perkecualian ilmiah, mereka bulat-bulat menerima status quo dalam masyarakat, politik dan sekularisme tanpa berfikir secara serius oleh kerana hari ini adanya pemecahan dan penyempitan ilmu.

Secara tidak langsung, menyebabkan golongan mahasiswa ini akan mudah terikut dengan segala unsur yang merosakkan. Contoh paling ketara kini adalah budaya hedonisme yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat. Paling menyedihkan mahasiswa tidak terlepas daripada perkara sebegini. Pelbagai penafsiran diberikan kepada budaya namun budaya sebenarnya berkait rapat dengan akal budi manusia itu sendiri. Kita seharusnya sedar dan akur bahawa perlunya pembinaan budaya yang sihat selari dengan tuntutan agama dan norma masyarakat setempat agar ia dapat membina idea yang sesuai dengan kondisi masyarakat madani yang berteraskan pembinaan sahsiah mulia. Justeru itu, segala yang tidak sesuai hendaklah dibersihkan sama ada budaya porno, hedonisme dan lain-lain.